Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rujuk Pihak Berkuasa Keselamatan...

SHAH ALAM - Sebarang usaha untuk memansuhkan apa jua akta keselamatan termasuk Akta...

PRN Johor: Sheikh Umar...

KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada...

Zamani Akui Akan Berkahwin,...

SEBELUM ini Zamani Ibrahim, 45 pernah menyatakan niatnya mahu menamatkan zaman bujangnya dan kini,...

Promosi Makanan Guna Bahan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan...

Muslifah, Ayuni Perlu Akur Dengan Keputusan NSAM

KUALA LUMPUR – Dua penembak elit negara, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, dinasihati supaya akur dengan keputusan menggugurkan mereka daripada senarai atlet ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pengurus skuad menembak KL2017 Datuk Sabiamad Abdul Ahad berkata Muslifah dan Ayuni perlu menerima dan menghormati keputusan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) itu dengan hati terbuka.

Beliau berkata tindakan pengguguran itu bukannya pengakhiran kepada karier mereka sebaliknya mereka berpeluang beraksi semula mewakili negara jika berjaya kembali pada tahap prestasi terbaik.

“Sukan ini ada turun naiknya dan penyingkiran seseorang atlet itu adalah perkara normal apabila mereka gagal beraksi dengan baik. Jadi, mereka sebagai atlet perlu menerima keputusan itu secara positif.

“Peluang untuk kembali ke pangkuan skuad negara masih terbuka. Mereka hanya perlu berlatih dan berusaha dengan lebih gigih selepas ini untuk memperbaiki prestasi dan membuktikannya kepada kami ,” katanya kepada Bernama di sini.

Rabu lepas, NSAM mengumumkan Muslifah dan Ayuni digugurkan daripada senarai atlet yang menggalas cabaran skuad menembak negara ke KL2017 kerana menghadapi masalah disiplin sehingga mengakibatkan prestasi mereka terjejas.


Namun, Muslifah yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 dalam acara 50m Air Rifle Prone berpasukan, menyifatkan dakwaan itu sebagai alasan yang sengaja direka pihak tertentu dengan niat menjatuhkannya.

Bagaimanapun, Sabiamad berkata Majlis Sukan Negara (MSN) tidak akan membuat keputusan tanpa sebarang rujukan.

“Kami menggugurkan nama mereka berdua berdasarkan prestasi semasa yang dinilai menerusi beberapa kejohanan kebelakangan ini,” tegasnya sambil menafikan sebarang agenda atau komplot seperti yang didakwa pemanah berkenaan.

Beliau turut mengkritik tindakan dua pemanah itu yang menggunakan media bagi tujuan meluahkan perasaan mereka. – BERNAMA

Kategori