Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPT: Tiada Lagi Tajaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baharu untuk pelajar...

THE FANTASTIC POTENCY OF...

Dissertation writing services are readily available online. Article writing providers purchase an article...

JHEAT Siasat Video Pelanggan...

Kuala Terengganu : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video...

Susun Semula Keperluan Guru...

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah...

Ronaldo Nafi Palsu Dokumen Cukai Pendapatan

PENDAKWA raya Sepanyol baru-baru ini membuat dakwaan bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo terlibat dalam pemalsuan cukai pendapatan miliknya.

Pejabat pendakwa raya mendedahkan pihaknya sudah pun memfailkan tindakan undang-undang terhadap pemain kebangsaan Portugal itu.

Cristiano didakwa telah mengelak membayar cukai sebanyak ÂŁ13 juta (RM70.6 juta) bermula dari tahun 2011 hingga 2014.

Walau bagaimanapun, jurucakap Cristiano menafikan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap atlet berusia 32 tahun itu.

“Cristiano tidak pernah culas membayar cukai pendapatan dan dia tidak pernah mengelak daripada membayarnya,” kata pihak pengurusannya.

Pihak pengurusannya juga percaya Cristiano tidak pernah memalsukan mana-mana dokumen berkaitan bagi tujuan untuk mengelak membayar cukai.

Malah Cristiano juga dilaporkan sebelum ini berkata yang dia tidak takut sekiranya disiasat oleh pihak berkuasa kerana tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang dituduh.


Dalam kes ini, Cristiano didakwa telah menyembunyikan wang hasil pendapatannya dengan memasukkannya ke dalam sebuah syarikat yang tidak didaftarkan ke atas namanya.

Mengikut rekod Forbes, Cristiano merupakan pemain bola sepak yang mengumpul pendapatan paling tinggi sejak dua tahun lalu.

Tahun lalu sahaja, kekasih Georgina Rodriquez ini dicatatkan mempunyai aset sebanyak ÂŁ72 juta (RM391 juta) yang diperoleh menerusi gaji, bonus dan pendapatan sampingan sebagai model dan duta produk. – MYNEWSHUB.CC

Kategori