Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Betty Banafe Selamat Timang...

TAHNIAH kepada pelakon Betty Banafe yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya seberat...

Jenazah Asmuni Selamat Dikebumi...

TANJONG KARANG - Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan...

Cara DAP Eksploit Keluarga...

KUCHING - Kecoh juga seluruh bandar Sibu malam Isnin lalu apabila sembilan ahli...

Datuk Seri Berjaya Lari...

KUALA LUMPUR - Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan...

Nahas Jalan Raya Meningkat Setakat 11 Hari Op Selamat

SUNGAI PETANI – Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,620 kes atau 10 peratus iaitu 17,147 kes setakat 11 hari pelaksanaan Op Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun lepas berbanding 15,527 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Sharul Othman Mansor berkata bagaimanapun jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 36 kes atau 17 peratus pada 172 kes berbanding 208 kes tahun lalu.

“Jumlah kematian turut menurun sebanyak 48 kes atau 21 peratus iaitu 185 kes berbanding 233 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita semasa melawat petugas trafik memeriksa lalu lintas sempena Op Selamat 11/2017 dekat sini, hari ini.

Sharul Othman berkata pertambahan kenderaan adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes kemalangan itu dengan kira-kira 27 juta kenderaan berdaftar berada di atas jalan raya di seluruh negara setakat ini.

“Jalan yang kerap berlaku kemalangan sehingga mencatakan peningkatan ini ialah di jalan persekutuan. Dalam Op Selamat ini kita mendapati tempoh paling ketara kemalangan banyak berlaku ialah dua hari sebelum hari raya,” katanya.


Sharul Othman berkata motosikal merupakan kenderaan paling banyak terlibat kemalangan dengan penunggang dan pembonceng mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 122 kes sepanjang 11 hari Op Selamat 11/2017.

“Namun jumlah tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 22 kes atau 15 peratus berbanding 144 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Kategori