Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

FGV Peruntuk RM250,000 Bantu...

KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), syarikat peneraju agro-bisnes antarabangsa...

Kesempitan Hidup, Air Rebusan...

RAUB - Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan...

Ernie Zakri Doa Yang...

KES yang menimpa keluarga kepada penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain turut mendapat simpati...

Sukan Komanwel: Mun Yee-Dhabitah...

GOLD COAST - Penerjun negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri meraih...

Najib Antara 5,000 Hadir Majlis Iftar Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini malam ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada majlis yang dikenali Program Penerapan nilai-nilai murni di bulan Ramadan itu.

Antara yang hadir termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri persekutuan, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Selain itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Bernama Datuk Mokhtar Hussain turut hadir.

Sebelum berbuka puasa, tazkirah disampaikan oleh pakar motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat.


Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 100 anak yatim dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Najib dan Ahmad Zahid bersama tetamu kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah. – BERNAMA

Kategori