Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Orang Asli Ditemui...

KUANTAN - Seorang lelaki Orang Asli, dilaporkan hilang semasa mandi bersama-sama rakannya di...

Penganalisis Jangka PRU-15 Diadakan...

KUALA LUMPUR: Kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

Polis Melaka Rampas Dadah...

MELAKA - Polis Melaka menahan dua individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai...

Keputusan Mendakwa Seseorang Tidak...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau...

Najib, Rosmah Hadir Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di Seri Perdana di sini.

Turut hadir Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif.

Pada majlis itu, Rosmah dan anak perempuannya, Nooryana Najwa serta empat lagi rakannya khatam al-Quran dengan dibimbing oleh Ustaz Ahmad Subkhy Othman.

Terdahulu, para hadirin mendengar tazkirah bertajuk Keistimewaan 10 Hari Terakhir Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat.

Najib dan Rosmah kemudian berbuka puasa bersama-sama kira-kira 370 tetamu termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita).


Rosmah kemudian menyampaikan sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia kepada Sri Lanka berjumlah RM50,000 yang diserahkan kepada kepada Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia A.J.M Muzammil.

Selain itu, perdana menteri dan isteri menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERKAYATIM) serta pelajar Tahfiz Taman Duta dan anak-anak Permata. – BERNAMA

Kategori