Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Lans Koreral Polis...

SEREMBAN – Seorang Lans Koperal polis direman tujuh hari bermula hari ini bagi...

Kesan Perubahan Iklim Tak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesan perubahan...

Kembar Ini Lahirkan Anak...

PELIK bin ajaib... Sepasang adik-beradik kembar bernama Sarah Mariuz dan Leah Rodgers, 35,...

Patung Hodoh Ronaldo Jadi...

LISBON - Apabila Madeira menjenamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Funchal kepada nama Cristiano Ronaldo,...

‘Nasi Hujan Panas’ Antara Hidangan Aidilfitri Kedutaan

JAKARTA – “Nasi hujan panas” dan lauk pauk Malaysia adalah antara hidangan istimewa untuk rakyat Malaysia  yang menyambut Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini.

Pengarah Mara Indonesia, Zuliana Haslinda Anhar Zubir berkata selain itu pelbagai juadah istimewa Malaysia seperti sate, wajik, ketupat dan rendang serta kuih muih tradisional akan disajikan kepada rakyat Malaysia yang mengunjungi kompleks kedutaan itu pada hari raya pertama.

Katanya, gontong royong persiapan sambutan hari raya itu bermula hari ini dan ketuai oleh Pengerusi Persatuan Kakitangan Wanita dan Isteri (Perwakilan) Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Datin Seri Che Mahani Ismail serta lebih 20 anggota persatuan itu.

Che Mahani ialah isteri Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zuliana berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 500 rakyat Malaysia termasuk para pelajar Malaysia yang berada di Jakarta akan menghadiri majlis jamuan hari raya itu.


Zahrain dan isteri akan turut menyertai sambutan hari raya pertama di kompleks kedutaan besar di Kuningan itu.

Sambutan akan  bermula dengan takbir raya pada pukul 7 pagi sebelum solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin. – BERNAMA

Kategori