Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Baru Seminggu Tayang, Dah...

BARU seminggu ditayangkan di pawagan, filem Surf This Love: Gelora Juara terpaksa ditarik keluar...

Pusat Bersalin Berisiko Rendah...

ALOR SETAR – Pusat Bersalin Berisiko Rendah (LRBC) akan diperluaskan di seluruh negara...

Sarimah Ibrahim Nikah Kerabat...

TANGGAL 2 April bakal menyaksikan detik berbahagia buat pengacara dan DJ radio Mix FM, Sarimah...

Stereng Axia Terkunci Tiba-Tiba...

KECOH di media sosial apabila satu kejadian kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia menjadi...

NCSA Sebagai Agensi Ancaman Keselamatan Siber

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang menguruskan ancaman keselamatan siber dengan meletakkan semua pakar keselamatan siber di bawah satu agensi induk, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang dipengerusikannya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Menurutnya NCSA pada dasarnya telah mula berkuat kuasa pada 1 Feb lepas di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948.

“Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Jan tahun lalu untuk menubuhkan NCSA di bawah tanggungjawab MKN adalah komitmen serius kerajaan dalam menangani masalah ancaman siber yang datang dalam pebagai bentuk dalam dunia maya dan internet,” katanya dalam kenyataan.

Bagi memantapkan lagi strategi pengurusan keselamatan siber negara, mesyuarat hari ini membincangkan secara khusus Kertas Pertimbangan daripada MKN iaitu Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri Mengenai NCSA antaranya pengoperasian Pusat Kawalan Dan Penyelarasan Siber Negara digunakan oleh NCSA, katanya.


Kertas itu juga memaklumkan penempatan NCSA dari aspek logistik dan ruang pejabat diletakkan di bangunan Markas SMART Pusat Meranti Puchong serta waran perjawatan bagi pegawai atau staf dan peruntukan kewangan yang terlibat dengan segala urusan pengoperasian NCSA diperincikan, katanya.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau, Ketua Pengarah MKN Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA

Kategori