Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

4,499 Murid Di Johor...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai...

Lebih 25 Ekor Haiwan...

KUALA TERENGGANU - Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa...

KPT Garis 5 Fokus...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan lima fokus utama merangkumi 20 landasan...

BN Selangor Adakan Ceramah...

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri itu...

Ninja Terakhir Jepun Enggan Perturunkan Ilmu

LELAKI ini, Jinichi Kawakami merupakan seorang jurutera. Namun dia memiliki keistimewaan lain. Jinichi adalah seorang ninja dan dia merupakan ninja yang terakhir di Jepun.

Jinichi, 63, mula mempelajari ninja sejak berusia enam tahun di bawah latihan seorang guru dan dari situ dia mula menjalani latihan lasak.

Dia dilatih mendengar bunyi jarum jatuh di atas lantai di bilik sebelah, menghilangkan diri di sebalik kepulan asap serta mengelar leher mangsa.

Selain itu, Jinichi juga belajar memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi dan berlatih mencampur bahan kimia untuk menghasilkan bahan letupan dan asap.

Namun Jinichi memutuskan untuk mati sebagai ninja terakhir dan dia tidak berhasrat untuk melatih orang lain.

“Saya rasa saya digelar sebagai ninja terakhir kerana tidak orang lain yang mempelajari kemahiran ini secara langsung daripada guru ninja sejak lima abad lalu.


“Ninja yang sebenar tidak lagi wujud,’’ katanya yang berpendapat seni kemahiran ninja tidak lagi sesuai dengan kehidupan moden.

Jinichi kini mengendalikan muzium Ninja di Iga, yang terletak kira-kira 220 batu ke Tokto. Dia juga baru memulakan tugasan sebagai penyelidik dengan Universiti Mie, iaitu universiti di mana dia mempelajari sejarah ninja. – MYNEWSHUB.CC

Kategori