Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Berita Baik! Rebat 30%...

KUALA LUMPUR - Pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai...

Kerajaan Percepat Jadikan Penagihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan usaha menyahjenayahkan penagihan dadah dengan menubuhkan satu...

Puluhan Peserta Sertai Acara...

BERPULUH-PULUH orang mengambil bahagian dalam acara tahunan berbasikal tanpa pakaian di London. Para penunggang...

Kegagalan Capai 70 Emas...

NEW CLARK CITY - Kegagalan mencapai sasaran 70 emas pada Sukan SEA ke-30...

Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali

JAKARTA – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta tidak diberi layanan istimewa dan kawalan ketat sepanjang dia dan keluarganya bercuti di Bali.

Jurucakap polis Indonesia, Rikwanto memberitahu media, polis hanya menyediakan sejumlah pengawal secukupnya dan tidak menutup jalan yang dilalui bekas pemimpin itu.

“Obama sendiri tidak mahu diberi layanan istimewa, hanya yang wajar sahaja diberikan,” katanya dipetik portal tempatan kompas.com.

Bagaimanapun, katanya, polis menyediakan seramai 446 anggota untuk melindungi Obama dan keluarganya sepanjang enam hari dia bercuti di Bali.

Obama bercuti bersama-sama isterinya, Michelle dan dua anak perempuannya, Malia dan Sasha serta beberapa ahli keluarganya yang lain.

“Kami tetap harus membantu melancarkan urusannya. Harus dilayan dengan baik untuk keselesaan bekas pemimpin itu,” jelasnya.


Sementara itu, Ketua Polis Bali, Petrus Genhard Golose memberitahu, dia berharap Obama dapat bercuti dengan tenang di Bali seperti mana dinikmati pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebelum ini.

“Kami melakukan kawalan secara tersembunyi kerana tidak mahu mengganggu keselesaan Obama dan keluarganya pula,” jelas beliau.

Obama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai semalam dan semua penerbangan berjalan seperti biasa ketika ketibaan bekas pemimpin AS itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori