Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Bentang RUU Racun...

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat,...

IATA Marah Serangan Di...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meluahkan perasaan marahnya terhadap serangan...

Kapal MT Jaoquim Kembali...

SEBUAH kapal tangki milik Singapura, MT Jaoquim yang dilaporkan hilang semalam di perairan...

Tanglung Rai Ramadan Di...

GAZA CITY - Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tetap bersedia menyambut kedatangan 1...

“Oh Mak Kau Apa Benda Tu?” – Netizen

SETIAP kali Ramadan tiba, bazar Ramadan akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai dengan pelbagai jualan juadah berbuka puasa.

Di sinilah, tempat di mana segala jenis ‘tok nenek’ makanan muncul. Pelbagai jenis makanan eksotik atau sukar dicari pada hari-hari biasa pasti akan dijumpai.

Bercakap mengenai eksotik, gambar arnab bakar yang dikongsikan oleh seorang pengunjung bazar Ramadan di Kampung Guntong, Terengganu menjadi tular di media sosial.

“Makanan eksotik pun ada di kampung ambo nih.. ore kato sedap.. try beli sekor.. wak mapuh doh.. di bazar Ramadan Kampung Guntong.. gerai Mohd Ebbie Shafiran,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Long Kuning.

"Oh Mak Kau Apa Benda Tu?" - Netizen

Dua keping gambar yang dimuat naik itu telah menarik minat netizen yang rata-rata terkejut dan tidak dapat meneka apa yang dijual.

Ada yang menekanya sebagai anak kucing, malah tidak kurang juga mengatakan ia adalah anak kambing.

"Oh Mak Kau Apa Benda Tu?" - Netizen


“Arnab. Sebab kaki belakang lebih besar dari kaki depan,” tulis Tajuddin Al Hammam.

Kamarul Azram menulis: “Dah tentu binatang ni halal dimakan sebab jual kat Malaysia, lepas tu orang Islam jual tapi ada yang masih tanya kucing ke tu…hahahahaaaa lawak la.”

Dalam pada itu ada juga yang menyarankan agar si penjual memotong kepala arnab ini sebelum dijual kepada pelanggan.

Tak kurang juga yang ‘tak sampai hati’ untuk makan haiwan ini walaupun ia halal dan telah disembelih. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori