Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM Umum 4 Khabar...

SYUKUR... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan empat khabar...

Beli Mercedes Itu Hak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta...

Basel Tunjuk Jalan Keluar...

LIVERPOOL - Jaringan gol penyamaan Steven Gerrard gagal membantu Liverpool mara ke pusingan...

JPAM Sasar 2 Juta...

ALOR SETAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan dua juta sukarelawan sehingga...

OIC Gesa Qatar Hormati Komitmen Perjanjian GCC

KUALA LUMPUR – Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Qatar menghormati komitmen dan perjanjian yang ditandatanganinya dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), khususnya berkaitan dengan menamatkan sokongan kepada kumpulan pengganas dan aktiviti mereka serta menghentikan hasutan menggunakan saluran media.

OIC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekretariat itu mengingatkan perlunya semua negara anggota termasuk Qatar, menghormati prinsip-prinsip Piagam OIC.

Piagam berkenaan menggariskan semua negara anggota perlu mematuhi semangat kejiranan, menghormati kedaulatan, kebebasan dan integriti wilayah negara-negara anggota, serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu, Sekretariat Am mengikuti perkembangan semasa di rantau Teluk, termasuk tindakan beberapa negara anggota OIC memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar.


Menurut laporan, empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dengan mendakwa negara itu memberi sokongan kepada kumpulan militan, hanya dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa negara-negara Islam turut memerangi keganasan.

Laporan itu menyebut empat negara berkenaan mengambil langkah terselaras memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, diikuti Yaman, kerajaan timur Libya dan Maldives yang turut mengambil langkah sama. – BERNAMA

Kategori