Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Call Centre’ Judi Digempur,...

KAJANG - Seramai 12 lelaki dan seorang wanita warga China ditahan dalam satu serbuan...

Abdullah Puji Kerajaan Selesai...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji kejayaan kerajaan...

Umrah: Kerajaan Dapatkan Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan...

Perodua Bezza Dapat Pengiktirafan...

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza dinobatkan sebagai kereta terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia...

Data Internet Memang Tak Pernah Cukup, ONEXOX Tawar Data Extra!

ONEXOX, pelan prabayar fleksibel yang ditawarkan oleh XOX Mobile Malaysia (XOX MOBILE), kini menawarkan lebih banyak penjimatan melalui pelan Season Pass FAT. Pelan ini membolehkan kita sebagai pengguna bebas melayari Internet tanpa rasa bersalah dan bimbang tentang pembaziran data.

“Wah, pelan prabayar pun ada konsep season pass?”

Dengan Season Pass FAT, kita tak perlu lagi topup kredit setiap bulan untuk memastikan talian kekal aktif. Ini tak…Kredit berlambak pun masih nak kena topup.

Kalau nak tahu pelan ini sah sehingga 28 bulan! Ini sekaligus menjadikannya pelan prabayar yang paling lama nak expired di pasaran.

Kita boleh memilih dua pelan, Season Pass FAT 10GB (RM50) atau 5GB (RM30).

Pelanggan baru pula diraikan dengan tawaran yang cukup hebat. Anda akan diberi 10GB data PERCUMA (30 hari) kalau beli pakej Season Pass FAT 10GB atau 5GB data PERCUMA (30 hari) kalau beli pakej Season Pass FAT 5GB!

Pelan Prabayar FAT Is FAB Dengan OneXOX!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Ng Kok Heng, “Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami faham bahawa pengguna Internet mudah alih mempunyai keperluan yang pelbagai, dari pelayar kasual kepada pengguna Internet tegar dan individu yang perlukan penggunaan data yang banyak.

“Fokus kami adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan kami dan memberikan mereka pengalaman melayari Internet mudah alih yang terbaik.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi pelan ini dengan para pengguna ONEXOX yang juga merupakan sebahagian daripada promosi Merdeka kami, kerana ia menawarkan fleksibiliti yang lebih meluas, memberikan pelanggan pilihan untuk kumpul, kongsi dan guna data melalui semua peranti. Mereka juga akan menikmati lebih penjimatan kerana tidak lagi terikat dengan komitmen topup secara bulanan untuk memastikan talian mudah alih mereka kekal aktif.”


Pelan baru ini merupakan tambahan kepada pelan Season Pass XOX Mobile di mana pengguna boleh menyimpan semua data, masa berbual dan kredit SMS mereka. Maksudnya kalau tak habis pakai kita boleh simpan dan peram. Setiap kali pengguna mengaktifkan Internet mudah alih bulanan, ia akan terus ditolak daripada data sedia ada yang tersimpan dalam akaun Season Pass mereka.

Pelan ini juga membolehkan pengguna untuk berkongsi data, masa berbual dan SMS kepada mana-mana pengguna XOX yang lain. Memang seronok kalau dapat kongsi data dengan yang tersayang!

“Season Pass ini memberikan pelanggan kami kebebasan mutlak untuk menggunakan apa yang mereka perlukan dan bila mereka memerlukannya. Kami percaya pelan ini memberikan kami kelebihan dalam menawarkan satu pakej prabayar yang terbaik di Malaysia. Kami juga berharap untuk meningkatkan bilangan pelanggan kepada 2 juta pengguna (daripada jumlah pengguna semasa 1.65 juta orang) dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Kami juga gemar memberikan ganjaran hebat kepada pengguna baru. Oleh itu, pada bulan-bulan berikutnya, kami akan memberikan hadiah-hadiah menarik secara percuma sebagai cara berterima kasih kepada mereka yang memilih XOX Mobile. Maklumat lanjut tentang pelan ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelas Ng.

Untuk membeli pelan prabayar ini, pengguna hanya perlu membeli pek permulaan prabayar ONEXOX, kemudian SMS SP FAT10 atau SP FAT5 ke 23388. Pengguna kemudiannya boleh menggunakan data dengan mengaktifkan pelan (dail *150#) atau berkongsi data tambahan mereka dengan semua pengguna XOX Mobile.

Pelan ini hanya sah untuk pengguna baru yang diaktifkan daripada 23 Mei 2017 dan seterusnya, dan akan berlanjutan sehingga 31 Ogos 2017.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xox.com.my atau www.facebook.com/xoxmalaysia atau hubungi 1300 888 010.

Kategori