Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Konsert Pinkfish: Polis Masih...

KUALA LUMPUR : Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi tujuh mangsa yang disyaki...

Tempah iPhone 6 Dapat...

KUALA TERENGGANU - Tempah iphone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang...

Laman Web Papar Karikatur...

DIPERCAYAI terdapat sebuah laman web lucah yang berasal dari negara seberang semakin tersebar...

Rakyat Bakal Dikenakan Cukai...

KUALA LUMPUR - Pemimpin kanan DAP, Charles Anthony Santiago menyeru kerajaan Pakatan Harapan...

BJP Pilih Pemimpin Dalit Bakal Calon Presiden India

NEW DELHI – Parti Bharatiya Janata (BJP) memilih pemimpin Dalit berusia 71 tahun sebagai calon presiden India akan datang, sebagai usaha mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kalangan masyarakat kasta rendah.

Ram Nath Kovind yang berkhidmat sebagai gabenor negeri Bihar, akan menjadi calon presiden ke-14 India bagi menggantikan Presiden Pranab Mukherjee yang tamat penggal pemerintahan pada 24 Julai nanti.

Pencalonan presiden ditutup 28 Jun dan sebuah badan perwakilan pemilih terdiri anggota parlimen persekutuan India dan badan perundangan negeri akan memutuskan nama calon yang dipilih pada 17 Julai.

Sekiranya dipilih, Kovind bakal menjadi Dalit kedua yang menduduki jawatan paling tertinggi selepas K.R. Narayanan.

Dalam sistem tradisional India, Dalit adalah ahli kasta paling rendah.

Kovind merupakan bekas peguam dan menjadi anggota Parlimen sebanyak dua kali serta berideologi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

“Saya akan bertemu pemimpin parti politik utama untuk mendapatkan sokongan,” kata Kovind.


Mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat Koli, pencalonan Kovind mungkin tidak menerima cabaran kerana beliau dilihat sebagai pemimpin kasta rendah yang mampu menarik sokongan kuat.

Mencalonkan Kovind sebagai presiden, memberikan BJP kelebihan memandangkan parti itu kini dilihat didominasi golongan kasta atasan.

Bagaimanapun, BJP dan sekutunya memerlukan sokongan daripada pembangkang bagi mendapatkan majoriti diperlukan dalam badan perwakilan pemilih.

Pengumuman pencalonan Kovind menerima kritikan seorang ahli politik terkemuka kerana keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan pemimpin pembangkang.

“Itu cadangan BJP dan mereka kata akan memaklumkan kepada pembangkang selepas kenal pasti calon. Namun mereka tidak bertemu dengan kami sebelum membuat pengumuman,” kata Sitaram Yechury. – BERNAMA

Kategori