GARA-GARA terlalu asyik melakukan seks di dalam kereta, sepasang kekasih maut selepas kenderaan mereka bergerak ke depan tanpa disedari lalu meluncur masuk ke dalam tasik.
Mayat pasangan itu, Evgeny Chernov dan Yana Kryuchkova ditemui di tempat belakang kereta terbabit yang tenggelam di dalam sebuah tasik di wilayah Volograd, Rusia.
Mereka dikatakan terperangkap dan tidak dapat keluar dari kereta jenis SUV itu.
Kedua-duanya berusia 22 tahun. Pasangan tersebut dikatakan telah memberhentikan kenderaan yang dinaiki di tepi tasik itu dan meletakkan gear N.
Namun disebabkan pergerakan ketika melakukan seks, kereta itu telah meluncur ke dalam tasik.
Mayat mereka ditemui setelah keluarga masing-masing membuat laporan polis selepas pasangan itu gagal pulang ke rumah. – MYNEWSHUB.CC