Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pandikar Terima Kunjungan Menteri...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Janna Hadiah Ibu Kereta...

PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA...

Dua Penduduk Pulau Tioman...

KUANTAN - Dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang sejak petang semalam, selepas menaiki...

Najib Tidak Diwakili, Wajar...

PUTRAJAYA : Sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Razak wajar diketepikan selepas bekas...

PBT Cerminkan Masyarakat Pelbagai Kaum

KUALA LUMPUR – Lantikan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencerminkan kepelbagaian kaum ke arah menyelami isu masyarakat dengan lebih berkesan terutama di kawasan bandar, kata Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur dan Selangor Datuk Ang Say Tee.

Menurutnya, ini akan memudahkan pengurusan antara PBT dengan misalnya masyarakat Cina dan India mengenai masalah umpamanya berkaitan tanah, perumahan, permohonan lesen perniagaan dan pemindahan rumah ibadat.

Beliau berkata rata-rata warga PBT terdiri daripada kalangan bumiputera.

“Perkara ini perlu diberi perhatian dan diseragamkan supaya dapat mencerminkan budaya 1Malaysia dalam pentadbiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini dilapor mencadangkan supaya kaum Cina dibenarkan dilantik sebagai Datuk Bandar atau Timbalan Datuk Bandar terutama di bandar yang mempunyai ramai kaum Cina.

Dalam pada itu, Anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ng How Doo mencadangkan PBT menambah portfolio khusus bagi menguruskan isu melibatkan kaum Cina dan India di kawasan setempat. – BERNAMA

Kategori