Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Bangladesh Maut Tertimbus...

PORT DICKSON - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah ketika...

Colin Farrel ‘Dihidu’ Peminat...

PELAKON kacak dari Ireland, Colin Farrel menghadapi saat 'mengerikan' ketika tampil dalam rancangan...

Naik Taraf Lapangan Terbang...

LAHAD DATU - Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu...

Graham Dapat Balasan Kerana...

NAMA Graham tiba-tiba menjadi popular di bandar Warwick walaupun dia tidak dikenali. Ini...

PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun, Bunga Api

PADANG TERAP – Kerajaan negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh terhadap penjualan mercun bagi mengelak kemalangan membabitkan mercun sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, PBT perlu menggunakan kuasa mereka dalam menghalang penjualan mercun terutama yang tidak dibenarkan di pasaran.

“Kita mahu PBT menghalang penjualan mercun yang tidak berlesen dengan lebih agresif. Bagi yang berlesen, kita perlu pantau supaya hanya menjual bunga api yang tidak berbahaya kepada pengguna,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar dan sumbangan Ramadan anjuran Bina Darul Aman Berhad (BDB) di Masjid Kampung Padang Sanai, Kuala Nerang di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pelajar Maahad Tahfiz di negeri ini berusia 14 tahun yang mengalami kecederaan serius apabila tulang jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari patah akibat bermain mercun bola.


“Apa yang berlaku amat menyedihkan dan dalam masa yang sama, kita menyeru ibu bapa agar tidak leka membiarkan anak-anak bermain bunga api dan mercun. Saban tahun, kita mendengar berita yang serupa dan kita tidak mahu jumlah itu terus bertambah,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff menyerahkan sumbangan kepada 100 asnaf sekitar Kuala Nerang. – BERNAMA

Kategori