GURU Kung Fu, Ye Hongwei yang sebelum ini berjaya menarik tujuh buah kereta dengan hanya menggunakan alat sulitnya, kini dinobatkan sebagai pemenang rekod dunia selepas berjaya menarik helikopter dengan menggunakan organ kelakiannya itu.
Kejayaannya Hong Wei, yang menggunakan nama Ye Wei menarik helikopter yang berat itu disambut sorakan oleh ratusan orang yang hadir bagi menyaksikan acara bersejarah itu.
Dia mengikat tali di sekeliling alat sulitnya dan kemudian menarik helikopter tentera tersebut.
Ye Wei terpaksa menggunakan kekuatan dalamannya untuk menarik helikopter itu sejauh 10 meter dan berjaya mengatasi sasarannya sebelum ini iaitu 8 meter.
Susulan kejayaannya itu, Ye Wei menerima sijil pengiktirafan daripada World Record Academy.
Dia yang berasal dari Zibo, China itu telah mengamalkan `zen tai chi’ sejak 30 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC