Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Layan Sebarang...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke...

HPP Cari Wanita Keguguran...

GEORGE TOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari seorang wanita, Oh Wen Wen...

Arab Saudi Nafi Putera...

ARAB Saudi menafikan laporan yang mendakwa putera mahkota negara itu, Putera Mohammed Salman...

Kerajaan Perlu Telus Dalam...

SEREMBAN - Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur –...

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya JLKN

MELAKA – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan memperdaya Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menggunakan dokumen palsu berhubung tuntutan elaun perjalanan, dua tahun lepas.

Nor Shairul Shaharudin, 37, sebagai Kem Komandan di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara didakwa mengemukakan tujuh dokumen iaitu “Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri” bagi Januari, Mac, April, Jun, Julai, Ogos dan September 2014 bertarikh antara 3 Jan dan 25 Sept 2014 berjumlah RM2,164 sedangkan dia mengetahui dokumen itu mengandungi butiran palsu.

Tertuduh yang berpangkat Leftenan Komander itu didakwa sebagai ejen kerajaan Malaysia memperakukan bahawa dia menggunakan kenderaan sendiri dan menginap di hotel tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Putra-Putri, Cherana Putih, Alor Gajah dekat sini antara 29 Jan dan 20 Okt 2014.

Nor Shairul didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi menawarkan wang jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin bagi ketujuh-tujuh pertuduhan.

Bagaimanapun peguam Sasila Basri yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang berusia antara 10 bulan dan 10 tahun.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Nor Shairul diikat jamin RM21,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori