Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pasangan Sejenis Buat Kenduri...

SEMATA-MATA mahu 'feeling feeling' berkahwin seperti pasangan lain, pasangan sejenis di Boyolali, Jawa Tengah,...

Lembah Kinta Bakal Jadi...

IPOH - Lembah Kinta dijangka menjadi pusat pemborong sehenti utama menjelang tahun 2021...

Criminology Record Recommendations

Article writing is my favourite sort of writing, even though I Have dabbled...

Hati-Hati Dengan Pemimpin Umpama...

LIMBANG - Rakyat diingatkan agar tidak menyokong sesetengah pemimpin yang bersikap umpama 'keluang...

Pelajar Maahad Tahfiz Cedera Main Mercun Bola

ALOR SETAR – Seorang pelajar maahad tahfiz cedera parah pada tangan kiri selepas bermain mercun bola di sebuah maahad tahfiz dekat Jalan Langgar, Sabtu lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata remaja lelaki berusia 14 tahun yang berasal dari Simpang Empat, Perlis itu mengalami kecederaan serius apabila tulang jari tengah, jari telunjuk dan ibu jarinya patah.

Mangsa, beliau berkata telah diberi rawatan kecemasan pada 10.48 malam di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Jari tengah kiri turut kehilangan sebahagian daripada isi dan kulit jari berkenaan…dia turut mengalami luka yang dalam di antara jari telunjuk dan ibu jari kiri.


“Beliau telah menjalani prosedur bedah oleh pakar pembedahan bagi rawatan kecederaan berkenaan dan kini sedang dirawat di dalam wad dan kedaan beliau adalah stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori