Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tema ‘Sayangi Malaysia Kita’...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berpendapat...

Jerebu Di Singapura Capai...

SINGAPURA - Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan...

“Celah Mana Fitnah, Nama...

INDUSTRI hiburan minggu ini dikejutkan dengan pendedahan panas seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura...

Malaysia Perlukan Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini menyentuh...

Pelajar Sekolah Rempuh Kereta Polis Ditahan

MIRI – Polis menahan dua pelajar Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah di Bintulu berikutan tindakan marabahaya mereka membawa kenderaan sehingga merempuh kereta peronda polis, semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, suspek tersebut iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, ditangkap ketika memecut kenderaan Perodua Alza milik bapa seorang daripadanya apabila polis peronda menjalankan pemeriksaan di kawasan pasar baharu Jalan Bintulu-Tatau pada 11.40 pagi, semalam.

“Suspek berjaya ditangkap semasa melalui Jalan Sungai Nyigu apabila suspek merempuh kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes semalam adalah kes kedua dalam tempoh tiga minggu melibatkan remaja bawah umur memandu tanpa lesen dan memandu secara melulu.

Katanya, kedua-dua kes tersebut menyebabkan kereta peronda polis dirempuh oleh suspek.

“Kes pertama berlaku pada 21 Mei melibatkan tangkapan dua pelajar Tingkatan Tiga yang memandu kereta Perodua Myvi milik bapa seorang suspek,” katanya.


Zailanni berkata, seorang daripada suspek tiba-tiba memecut kenderaan Myvi setelah polis meminta untuk melihat kad pengenalan dalam kejadian berlaku di Pantai Tanjung Batu pada 12.50 tengah malam, 21 Mei lepas.

Katanya kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu memandu secara melulu dan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memantau pergerakan anak-anak mereka kerana memandu tanpa lesen adalah kesalahan serius dan ibu bapa boleh disaman sekiranya anak disabitkan kesalahan trafik.

“Penjaga yang memberi kebenaran orang tiada lesen memandu boleh dikompaun RM300 di bawah Seksyen 26 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1988,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori