Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PLBEGJB Mampu Tingkat Pembangunan...

KLUANG - Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang turut merentasi Pekan...

Najib Lawat Medan Niaga...

KUCHING - Ribuan pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok di sini jelas...

Mia Ahmad Nak Kahwin,...

SEBELUM ini, pelakon Mia Ahmad telah membuat penafian tentang dakwaan yang mengatakan dia...

DSV ‘Mengamuk’, Tandas Lebih...

TERKEJUT dan terkilan...Itu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman...

Pelajar Universiti Mati Terjatuh Dari Tingkat 10

SHAH ALAM – Seorang pelajar perempuan universiti swasta berusia 28 tahun ditemukan mati di tingkat satu sebuah kondominum di sini dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian dijumpai adik lelakinya yang bertindak pergi ke rumah mangsa selepas dua hari gagal menghubungi kakaknya itu.

“Ketika sampai di rumah sewa kakaknya di Kondominium Vista Alam, Seksyen 14 di sini, adik mangsa mendapati pintu rumah sewa kakaknya tidak berkunci dan terus memeriksa keadaan rumah. Beliau kemudiannya ke balkoni dan menemukan mangsa terbaring di tingkat satu bangunan.

“Adiknya kemudian menghubungi pihak polis. Polis sedang jalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bernama difahamkan mangsa telah meninggal dunia sejak dua hari lepas.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik Ahmad Nazmi Halil ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.12 tengah hari tadi dan mayat mangsa diturunkan menggunakan pengusung serta tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori