Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

“Keabsahahan Saya Sebagai PM...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menegaskan bahawa keabsahahan...

Syria Care Salur Bantuan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Syria Care menghantar dana dan barangan makanan bernilai hampir...

Maria Hancurkan Kebahagiaan Keluarga...

SELEPAS pernikahan pelakon jelita Maria Farida dengan seorang 'Dato'' November lalu mencetuskan kontroversi...

“Saya Nak Pulang Ke...

ORANG kata malang tidak berbau dan kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika pengguna...

Pelawak Tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya

LOS ANGELES – Pelawak terkenal Amerika Syarikat, Kathy Griffin, semalam menuduh Donald Trump dan keluarga presiden itu cuba memusnahkan hidupnya.

Pendedahan itu dilakukan, ketika Kathy berdepan ancaman bunuh daripada penyokong Trump, selepas menggayakan prop kepala hartawan itu dipancung dan berlumuran darah.

Kathy dipecat sebagai pengacara bersama dalam program New Year’s Eve dan beberapa rancangan komedi beliau turut dibatalkan.

Beliau bimbang tindakan itu mungkin memusnahkan kariernya.

“Seorang Presiden Amerika Syarikat dan anak-anak serta Wanita Pertama secara peribadi cuba memusnahkan kehidupan saya.

“Kamu kenal beliau, Trump tidak akan berhenti.


Saya merasakan tiada karier lagi selepas ini.

Jujurnya, dia menghancurkan kehidupan saya,” katanya dalam satu sidang media di Los Angeles bersama peguam sambil menitiskan air mata.

Pelawak berusia 56 tahun itu sudah mengemukakan permohonan maaf terbuka berhubung gambar lagak ngeri yang mencetuskan kemarahan Trump dan keluarga serta semua parti politik di Amerika Syarikat. – AFP/BH ONLINE

Kategori