Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Rembau: Tindakan Untuk...

REMBAU - Kemenangan tanpa bertanding Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Denda RM50,000 Individu Potong...

PUTRAJAYA - Mana-mana individu yang melompat giliran bagi cuba mendapatkan vaksin COVID-19 dalam...

Uniknya PRK Tanjung Piai...

PONTIAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang sedang rancak kempennya...

3,344 Mangsa Banjir Berada...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 3,344 orang...

Pemandu Pelancong Dipenjara 28 Bulan Seludup Migran

ALOR SETAR – Seorang pemandu pelancong warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bagi kesalahan menyeludup dua wanita migran pada September tahun lalu.

Bueraheng Tohsatu, 46, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Chan Jit Li.

Dia mengaku mengangkut dua wanita migran yang diseludup iaitu Bungorn Somnoi, 50, dan Punyanuch Babpimai, 31, di Km1.3, Lebuh Raya Utara Selatan pada 7 pagi, 2 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM250,000, jika sabit kesalahan.


Terdahulu peguam mewakili tertuduh, Mohd Hezeri Hamin memohon agar anak guamnya diberi hukuman minimum memandangkan tertuduh perlu menyara lima anak termasuk dua yang masih bersekolah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia Fazril Sani Mohamed Fadzil. – BERNAMA

Kategori