Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

GEMPAR!! Polis Tembak Mati...

BANTING: Tiga lelaki warga asing, dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah di beberapa...

PRN: Calon Muda Melayu...

KUCHING - Mungkin terdesak kerana melihat sambutan ceramah DAP sejak kempen Pilihan Raya...

Kerajaan Komited Bina Lebih...

GEORGE TOWN - Kerajaan komited dan akan terus memberikan tumpuan dalam menyediakan lebih banyak...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU - Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan...

Pemandu Treler Nahas 4 Kenderaan Didakwa Esok

JEMPOL – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, akan didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu esok.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.


Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan isterinya Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. – BERNAMA

Kategori