SEJAK kebelakangan ini, heboh diperkatakan di media sosial mengenai makanan palsu dihasilkan daripada plastik sintetik memasuki pasaran Malaysia sehingga membuatkan rakyat bimbang tentang kesahihan perkara tersebut.
Jika sebelum ini kecoh mengenai telur palsu yang dijual di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kali ini pula, seorang lelaki yang dikenali sebagai P. Bhaskaran mendakwa telah membeli beras tiruan di sebuah pasar raya di Kulai, Johor.
Lelaki berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas mendapati beras wangi AA Siam pilihan pasar raya besar Tesco seberat lima kilogram yang dibeli dengan harga RM21.85 adalah palsu.
Menurutnya, dia menghadapi masalah untuk mengunyah nasi yang telah dimasak kerana teksturnya agak keras.
Lebih mengejutkan apabila beras tersebut menghasilkan bau plastik selepas dibakar.
Susulan itu, dia mendakwa pasar raya tersebut telah menjual beras tiruan dan satu laporan polis dibuat untuk dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan…