Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Radhi Mat Din Calon...

ALOR SETAR - Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumum sebagai calon...

Tiba-Tiba Dapat Baju, Kena...

SHAH ALAM - Sebuah rakaman video yang menunjukkan kenyataan dua daripada tiga orang...

Lebih 85,000 Nelayan Akan...

KUANTAN - Lebih 85,000 nelayan tempatan akan melalui proses pemutihan yang dijalankan oleh...

Perlu Waspada Bahaya Tersembunyi...

KUALA LUMPUR - Semua pihak yang terlibat dengan banjir di Terengganu dan Kelantan...

Pemegang Polisi Maklum Keluarga Mudah Tuntutan

KUALA LUMPUR – Maybank Ageas Holdings Bhd, syarikat induk Etiqa Insurance Bhd, Etiqa Takaful Bhd dan Etiqa Insurance Pte Ltd (Singapore), menggesa individu untuk memaklumkan keluarga mereka tentang polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga mereka bagi memudahkan tuntutan kelak.

Ini juga termasuk memaklumkan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful tentang waris, termasuk nama, mengemas kini butiran terperinci dan nombor kad pengenalan orang hubungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Kamaludin Ahmad berkata di Etiqa sendiri, terdapat polisi yang hilang atau dilupai bernilai kira-kira RM13 juta yang belum dituntut.

“Ramai orang yang tidak menyedari yang polisi/sijil mereka telah matang, dan justeru itu tidak menuntut manfaat dan wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut satu kaji selidik baru-baru ini oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia, kira-kira RM80 juta daripada lebih 110,000 polisi hayat dan sijil takaful keluarga matang dituntut oleh pemegang polisi/sijil atau waris mereka pada 2016.

Kamaludin berkata usaha telah dibuat untuk menghubungi waris tetapi sesetengah mereka tidak mengemas kini maklumat peribadi mereka, sehingga sukar untuk berhubung dengan waris.


“Bagaimanapun, kami percaya kami boleh melakukan sesuatu yang berbeza kerana kami bersungguh-sungguh untuk membayar tuntutan.

“Kami mahu menghapuskan salah tanggapan yang penginsurans dan pengendali takaful hanya mahu mengutip premium dan sumbangan tetapi enggan membayar tuntutan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi dan sijil mereka, pelanggan Etiqa boleh mendaftar dan log masuk di www.etiqa.com.my/MyAccount/login atau menghubungi talian Oneline di 1300-13-8888. – BERNAMA

Kategori