Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DUN Sarawak Bubar 11...

KUCHING -ƃā€šĆ‚Ā Ketua Menteri Tan Sri Dr. Adenan Satem pada Khamis mengumumkan Dewan Undangan...

Lelaki Lemas Di Dalam...

KOTA MARUDU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira jam 2 petang tadi...

Bapa Saudara Sultan Terengganu...

BAPA saudara kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Sri Paduka...

Sukan Asia: Josiah Ng...

INCHEON - Jaguh lumba basikal trek kebangsaan Josiah Ng tidak pernah membuat perancangan...

Pemergian Raja Ahmad Zainuddin Kehilangan Besar

IPOH – Pemergian bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, 61, disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam bidang sukan dan politik tanah air.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata banyak pandangan serta sumbangan telah diberikan Allahyarham dalam memastikan kedua-dua bidang menempa kejayaan yang membanggakan.

“Sewaktu saya masuk dalam arena politik, Allahyarham merupakan antara tokoh yang cukup komited dalam memberi sumbangan demi memastikan pentadbiran negeri berada dalam keadaan baik.

“Malah ketokohan Allahyarham juga cukup terserlah dalam bidang sukan terutama bola sepak kerana beliau antara individu yang menjadi tokoh pembicara dalam kepimpinan bola sepak negara dan negeri,” katanya ketika menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Kampung Seri Ampang B, di sini, hari ini.

Katanya, Allahyarham juga bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang penulisan akhbar malah turut berbakat dalam menghasil karya berbentuk novel.

“Kita rasa kehilangan yang amat sangat kerana jasa beliau yang pelbagai kepada negara dan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry merakamkan ucapan takziah dan berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan yang menimpa.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Allahyarham merupakan tokoh paling berjaya dalam memastikan pasukan bola sepak Perak menjadi antara gergasi bola sepak tanah air.

Katanya, kejayaan membawa Perak merangkul kejuaraan Piala FA pada tahun 1990 selain Piala Malaysia pada 1998 dan 2000 cukup membuktikan kredibiliti yang dimiliki Allahyarham.

“Sehingga kini, tiada lagi mana-mana pengurusan pasukan bola sepak Perak yang mampu menandingi kecemerlangan yang ditonjolkan Allahyarham.

“Ketegasan dan komited merupakan dua perkara yang menjadikan nama Allahyarham sentiasa meniti dibibir para penyokong bola sepak Perak,” katanya.

Allahyarham Raja Ahmad Zainuddin menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan kuman. – BERNAMA

Kategori