Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Ditahan Dipercayai...

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki yang memuat naik kenyataan disyaki berbaur ugutan...

MoF Tubuh Jawatankuasa Kaji...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai...

Peruntukan RM1.2 Bilion Bukti...

PUTRAJAYA - Pengumuman peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk kemajuan syiar Islam tahun depan...

Tak Sensitif! Rai Halloween...

DI saat kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 dan...

Pemimpin Liberal Akan Memerintah Dengan Nafsu

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik berfahaman liberal, sosialis dan komunis yang kononnya berjuang atas slogan demokrasi kini semakin terdedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka sedang memperjuangkan ideologi atas nama masyarakat yang tertindas.

“Terdedah selepasnya di zaman kini, penganut liberal kapitalisma disebalik slogan demokrasinya adalah monopoli diri dan kroni, politik wang dan peluang.

“Adapun komunis dan sosialis berslogankan demokrasi juga bersama kuasa pemimpin di atas nama masyarakat tertindas,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata, ideologi sedemikian pada akhirnya bakal melahirkan pemimpin negara yang lebih bernafsu daripada kapitalis terbuka.


Jelas beliau, mereka malah akan memerintah berkonsepkan sekularisma yang memisahkan agama Allah S.W.T daripada urusan duniawi.

Beliau dalam pada itu menjelaskan Islam hendaklah diamalkan secara Tafaqquh fi Al-Din.

“Kalau tidak, ibadahnya melampau, dakwahnya melampau, politik dan ekonominya juga melampau, jihadnya juga melampau,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori