BINTANG pop dan pelakonĀ antarabangsa Beyonce dikatakan bakal melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan kini berada di hospital, lapor beberapa portal hiburan Amerika Syarikat hari ini.
Khabar angin itu sedang hangat diperkatakan di Twitter apabila netizen melaporkan mereka berasa pelik kerana terdapat kawalan keselamatan yang ketat di luar sebuah hospital di bandar Los Angeles.
Selain itu, seorang peminat megastar itu turut melaporkan bahawa dia ternampak Beyonce tiba di hospital yang dirahsiakan namanya itu.
Menurut laporanĀ akhbar New York Daily News, rakanĀ pasangan Jay Z dan Beyonce iaitu rapper DJ Khaled telah memberitahu semuaĀ pelanggan yang sedang menikmati makan malam di restoran Melba’s di Harlem bahawaĀ penyanyi Single Ladies itu telah pun selamatĀ melahirkan anak kembarnyaĀ Selasa lalu.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa salah seorang pekerja Jay ZĀ di kelab malamĀ 40/40 miliknyaĀ memberitahu pasangan itu menyambut kelahiran sepasang kembar lelaki dan perempuan.
Selain itu, laman web berita selebritiĀ Hollywood Life berkata satu sumber terdekat dengan pasangan ituĀ mengesahkan bahawaĀ pasukan keselamatanĀ mereka telah membawa dua kerusi bayiĀ keĀ hospital.
“Beyonce dijadualkan untuk bersalinĀ semalamĀ dan diaĀ kerap menghadiri sesi konsultasi denganĀ pakarĀ sakitĀ puanĀ di beberapa lokasi berbeza. Namun, ‘lawatan’nya ke hospital kali ini agak istimewa,” tambah sumber itu lagi. –Ā MYNEWSHUB.CC