Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

V4Putrajaya Pupuk Semangat Kesukarelawan

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini...

Khalid Ibrahim Sedia Bantu...

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan...

Wan Azizah Kesal Suu...

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan...

Dasar, Diplomasi Perlu Jadi...

KUALA LUMPUR - Dunia tidak boleh menggunakan dasar kuasa keras semata-mata untuk mengalahkan...

Pemohon Visa Ke AS Perlu Nyata Akaun Laman Sosial

WASHINGTON DC – Pentadbiran Rumah Putih meluluskan cadangan kepada setiap pemohon visa berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) supaya menyertakan sekali butir akaun laman sosial peribadi.

Pihak kedutaan AS di seluruh dunia juga akan mewajibkan maklumat berkaitan nombor telefon, nombor pasport dan alamat emel yang telah digunakan oleh setiap pemohon sejak lima tahun lalu perlu diisi dengan jelas.

Malahan, alamat tempat tinggal, pekerjaan serta sejarah tempat tinggal sejak lima belas tahun lalu juga perlu diisikan oleh para pemohon dalam satu kertas soal jawab sebelum boleh diberikan visa oleh pihak kedutaan.

Perubahan proses permohonan tersebut bagi membantu pihak keselamatan AS sendiri untuk menyekat penularan sebarang aktiviti keganasan militan yang kemungkinan besar muncul di negara terbabit tanpa dijangka.


Ini kerana trend penggunaan media sosial dalam kalangan pengganas amat popular sebagai cara berkomunikasi terutama menyebarkan dakyah selain mempercepatkan perkembangan pengaruh kumpulan militan tersebut.

Bagaimanapun, cadangan terbaharu berkenaan menerima tentangan daripada ramai pengkritik kerana beranggapan tempoh proses permohonan visa akan berjalan lebih lama berbanding sebelum ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori