Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pengikut PAS Ugut Bunuh...

Sebastian Phiu: Akibat dari salah faham status update seorang doktor pakar perubatan, Dr...

Penjawat Awam Tidak Boleh...

MELAKA - Penjawat awam sebagai tunjang kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil mudah...

Saman Najib Terhadap Harakah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar...

Anuar Hadiah Video Muzik...

KUALA LUMPUR - Sudah menjadi aliran baharu dalam industri muzik tempatan apabila syarikat...

Pemuda UMNO Bagan Serai Anjur Pertandingan Panjut

BAGAN SERAI – Bagi menyerikan suasana Aidilfitri hujung minggu ini, Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai mengambil inisiatif dengan menganjurkan Pertandingan Pesta Panjut selama dua hari, bermula semalam.

Ketua Pemudanya, Naziron Jamaluddin berkata usaha menganjurkan pertandingan itu tercetus setelah beliau menjadi hakim untuk pertandingan pesta panjut di Padang Rengas. tahun lepas.

Katanya, melalui pertandingan berkenaan membuktikan kesungguhan anak muda bekerjasama dalam menterjemahkan idea untuk menghasilkan reka bentuk panjut yang tersendiri.

“Saya melihat anak muda berminat untuk menyertainya dan mereka sanggup mengeluarkan wang bagi menghasilkan panjut yang menarik dan unik sekali gus memeriahkan sambutan Ramadan,” katanya ketika ditemui semasa menyertai panel hakim untuk membuat penilaian dalam pertandingan itu, di sini, malam tadi.

Naziron berkata sebanyak 23 buah kampung menyertai pertandingan itu walaupun pihaknya menyasarkan 40 buah kampung pada pertandingan julung kali itu.

Katanya, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara, RM800 (kedua), RM500 (ketiga) dan RM300 bagi tempat keempat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata pertandingan panjut dapat mengembalikan semangat gotong-royong yang semakin dilupakan.


“Jarang kita jumpa mereka begitu komited dengan pertandingan ini kerana ada idea yang di luar jangkaan dalam menghasilkan panjut.

“Kerjasama yang mereka tunjukkan ini juga sebagai persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya akan datang kerana kombinasi yang baik ini membuktikan anak muda dapat bekerjasama,” katanya menambah pesta itu dapat menjadi tarikan pelancong.

“Sambutan sungguh meriah, apabila media sosial menghebahkan dan anak muda di sini yang bekerja di bandar mahu pulang ke kampung untuk melihat panjut,” katanya.

Beliau juga akan mencadangkan acara itu dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah. – BERNAMA

Kategori