Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Aspek Keselamatan Di Sekolah...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan sekolah digesa mengutamakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan...

Israel Berbohong Tentang Kewujudan...

BEKAS menteri pertahanan Israel Moshe Ya'alon mengakui pada Khamis bahawa pegawai-pegawai Israel selama...

Jangan Samakan Majlis Penasihat...

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dalam jawapannya kepada soalan Ahli...

Bekalan Air Mentah: Perak,...

IPOH : Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan...

Penduduk Dunia Cecah 9.8 Bilion Pada 2050

NEW YORK – Jumlah terkini penduduk dunia seramai 7.6 bilion akan mencecah 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan rakyat India akan mengatasi China dalam masa tujuh tahun lagi, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Nigeria akan mengambil alih tempat Amerika Syarikat pada 2050 untuk menjadi negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Ekonomi dan Sosial badan dunia itu.

“Dengan kira-kira 83 juta tambahan penduduk dunia setiap hari, corak menarik dalam saiz populasi dijangka berterusan, walaupun dengan anggapan tahap kesuburan akan terus menurun,” kata laporan berkenaan.

Pada kadar itu, jumlah penduduk dunia akan mencecah 8.6 bilion pada 2030, 9.8 bilion pada 2050 dan 11.2 bilion pada 2100.

Jumlah rakyat India, yang kini tersenarai sebagai negara kedua paling ramai penduduk dengan 1.3 bilion, akan mengatasi 1.4 bilion jumlah rakyat China pada 2024.


Namun Nigeria paling pantas menambah jumlah warganya dan penduduk di 26 negara Afrika berkemungkinan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda menjelang 2050.

Bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas dijangka bertambah lebih dua kali ganda pada 2050 dan lebih tiga kali ganda menjelang 2100. – AFP/BH ONLINE

Kategori