Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perangai Bakal Pengantin Yang...

SELESAI berpuasa, kini tiba masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan pula. Baik perkahwinan saudara...

Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga...

MELAKA - Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim ditahan polis...

Thailand Minta Malaysia Tangkap...

BANGKOK – Seorang rakyat Pakistan dipercayai menyusup masuk ke Malaysia selepas mayat isterinya...

Fedex Express Perkenal Boeing...

KUALA LUMPUR - FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp dan syarikat pengangkutan ekspres...

Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata penerbitan lagu-lagu etnik Murut merupakan langkah yang sangat baik untuk mempromosi bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda etnik Murut agar ia terus dipertuturkan.

Beliau berkata ada antara generasi muda etnik Murut di Sabah tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan antara punca kemerosotan itu ialah kurangnya pendekatan untuk memperkasakan penggunaan bahasa ibunda itu dalam kalangan masyarakat etnik berkenaan.

“Kita perlu menyedari situasi ini bahawa sesuatu kekurangan telah berlaku di kalangan etnik ini yang perlu diperbaiki segera,” katanya selepas melancarkan album ‘Pangkaraanku Diun’, nyanyian Keydeet Jake Lanjian, di Rumah Murut Hongkod Koisaan, di sini semalam.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, aktiviti kesenian masyarakat Murut, termasuk aspek bahasa etnik itu perlu dipergiatkan dalam usaha memartabatkan identiti serta keunikan budaya bangsa itu di persada nasional.

“Dalam kita berusaha untuk memastikan bahasa ibunda dan budaya kita terus relevan, kita juga mahu supaya budaya kita dikenali dan diterima oleh bangsa-bangsa yang lain di negara ini,” katanya.

Radin mengajak para pencipta lagu Murut di negeri ini supaya sentiasa berusaha menghasilkan lirik serta lagu yang bermutu tinggi agar lagu-lagu itu dapat menembusi lebih luas dan bagi tujuan itu mereka memerlukan strategi lebih berkesan.


Katanya adalah satu kesilapan besar jika penggiat industri muzik ingin menerajui industri muzik pada era digital ini tetapi pada masa sama masih mengekalkan pendekatan atau strategi pengurusan lama.

“Era digital meletakkan industri muzik terdedah kepada perkembangan dunia tanpa sempadan,” katanya.

Justeru, Radin mahu penggiat seni di negeri ini, khususnya dalam kalangan karyawan etnik Murut, supaya memperkasakan penguasaan ilmu dalam persaingan menghadapi era digital industri muzik. – BERNAMA

Kategori