Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 202 Mangsa Banjir...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di Kedah menurun kepada...

Suami Terkejut ‘Isteri’ Sama...

JEMBER - Seorang lelaki terkejut besar selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya beberapa bulan...

Sayu… Buat Majlis Tahlil...

ALLAHUAKBAR... tabah dan cekalnya wanita ini apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya seorang...

Kurang Pelajar Masuk IPT...

ALOR SETAR - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed...

Penganjur Batal Himpunan Jerusalem Jubilee – Polis

MELAKA – Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

“Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abd Jalil berkata berdasarkan laporan yang diterimanya sehingga kini, sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri ini.

Sebelumnya, Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut. – BERNAMA

Kategori