Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hudud : Gilotin, Jadi...

KOTA BHARU - Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis...

“Liow Tiong Lai Pengecut”...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan...

Dicaci Kerana Gelaran Datuk,...

Masih ingat lagi dengan kontroversi yang melanda salah seorang ahli kumpulan lawak Cecupak...

May Gesa Dedah Segera...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menggesa kebenaran segera didedahkan...

Pengarah Syarikat Logistik Didakwa Tipu Kastam

SEPANG – Seorang pengarah syarikat logistik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 21 pertuduhan membuat pengikraran tidak benar dalam borang kastam melibatkan pengimportan kanta lekap bernilai RM311,052.75. dua tahun lepas.

Rizan Jantan, 46, yang merupakan ejen dilantik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Norul Fitri Hamdan.

Bagi kesemua pertuduhan itu, lelaki itu didakwa membuat pengikraran tidak benar dalam Borang Kastam 1 tahun 2015 iaitu 10, 817 unit kanta lekap nilai RM 29,494.03 sedangkan kuantiti dagangan sebenar adalah 129,818 unit dengan nilai RM RM 311, 052.75, iaitu berbeza RM 281,558.72

Lelaki itu dituduh melakukan kesemua kesalahan itu antara 6 Jan hingga 17 Mac 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKDM, Mohd Roezamir Mohd Rozman dan Mohd Hatta Safar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

ajistret Norul Fitri membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori