Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Pandikar Malukan Saya, Beri...

KUALA LUMPUR - "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah...

Raja Muda Perlis Minta...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak...

Sistem PRU Ikut SOP...

PADANG TERAP - Tiada keperluan untuk pemantau Pilihan Raya Umum (PRU) antarabangsa dihantar...

Festival Filem Malaysia Amal...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pengasingan pencalonan filem yang menggunakan...

Peniaga Patuhi Skim Kawalan Harga Ditetapkan KPDNKK

KANGAR – Kebanyakan peniaga di Perlis mematuhi peraturan di bawah skim kawalan harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Asmaiza Ahmad.

Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis itu berkata sikap yang dipuji itu seharusnya menjadi budaya dalam kalangan masyarakat peniaga.

“Saya berpuas hati dengan para peniaga kerana mereka tetap mematuhi skim kawalan harga walaupun dalam kesukaran harga barangan meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017 peringkat negeri di Pasar Besar Sena, Kangar hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Perlis Khairul Amin Talib berkata hanya 16 kes membabitkan peniaga yang tidak mematuhi Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 dan mereka dikenakan kompaun berjumlah RM1,750 manakala jumlah denda yang dipungut sebanyak RM8,000 dari Januari hingga kini.


Katanya dalam tempoh itu sebanyak 5,945 premis perniagaan diperiksa oleh KPDNKK Perlis di seluruh negeri.

“Melalui operasi dan pemantauan yang dibuat, kami mendapati kesalahan peniaga kerana tidak meletak tanda harga dengan betul manakala kebanyakan barang rampasan ialah minyak masak bersubsidi yang disorok atau cuba diseludup ke negara jiran. – BERNAMA

Kategori