Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ucapan Berbaur Hasutan, Hishammuddin...

KUALA LUMPUR - Aktivis Hishamuddin Md Rais hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah...

Syed Saddiq Sokong Anwar...

KOTA KINABALU – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul...

Ibu Hamil Parah Ditembak...

SEORANG ibu parah selepas ditembak oleh anak perempuannya berusia tiga tahun yang menjumpai...

13,857 Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,857 orang sehingga...

Penjawat Awam Perak Dapat Bantuan Khas RM500 Esok

LUMUT – Penjawat awam di Perak bakal menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan dibayar esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata 15,000 penjawat awam di negeri berkenaan akan menerima bantuan khas itu yang melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM5.6 juta.

“Pembayaran itu sama seperti tahun lepas dan kita mengikut apa yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan beri kepada penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepasa program Ziarah Kasih Al-Mubarak Parlimen Lumut di Pulau Pangkor hari ini.

Beliau berkata bantuan khas itu akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak serta sambilan termasuk melibatkan pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.


Sebelum ini, kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. – BERNAMA

Kategori