Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia, China Perluas Kerjasama...

PUTRAJAYA - Malaysia dan China mahu memperluaskan kerjasama dalam sektor pendidikan khususnya bidang...

Bomba Tangkap Buaya Tersepit...

PETALING JAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menangkap seekor buaya yang memasuki...

Wakil Rakyat BN Melaka...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Harun mengumumkan wakil...

8 Hari Di ICU,...

KUALA SELANGOR - Seorang wanita yang cedera parah selepas suami dan seorang anaknya...

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok

KUANTAN – Seorang pekerja pelabuhan maut akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di kawasan Pelabuhan Kuantan petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu mangsa Ab Aziz Jusoh, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss kebetulan melalui kawasan itu dan tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa dihempap pokok yang tumbang berkenaan.

“Bagaimanapun dua lelaki yang menaiki dua kereta Produa jenis Viva terselamat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anuar menambah bomba mengambil masa selama kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah pokok itu.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap kejadian itu. – BERNAMA

Kategori