Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Keluarga Altantuya Tarik Balik...

PUTRAJAYA - Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu hari ini menarik balik rayuan...

PN Tolak PRU15 Tahun...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata menteri gabungan itu diarahkan untuk tidak...

Selangor Tiada Peruntukan Khas...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies...

Muhyiddin, Shafie, Mukhriz Umum...

KUALA LUMPUR - Teka teki mengenai arah tuju bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan...

Penyamun Mati Dibedil Di Bukit Mertajam

PENYAMUN lelaki, 31, yang dikehendaki polis ekoran beberapa kejadian samun mati ditembak polis di Jalan Berjaya,Bukit Mertajam, jam 1.25 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek yang memandu sebuah kereta itu cuba ditahan polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya kemudian meminta suspek memberhentikan kereta dan memintasnya.

“Sebaik pihak kami turun bagi tujuan pemeriksaan, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pihak kami terpaksa melepaskan tembakan bagi memepertahankan diri,” katanya.


Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan kemudian mendapati suspek maut dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta.

Katanya, polis juga menjumpai sepucuk pistol bersama suspek serta beberapa butir peluru dan kelongsong.

Beliau berkata, hasil semakan, suspek dikehendaki polis berhubung satu kejadian samun peniaga barang kemas di Kuantan, Pahang tahun lalu membabitkan kerugian RM30,000. – myMetro Online

Kategori