Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ops Ponteng Tahan 19...

KAMPAR - Seramai 19 pelajar lelaki daripada beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kampar...

Hospital Swasta Didakwa Pindah...

SEBUAH hospital swasta di Ipoh didakwa di mahkamah, kerana memindahkan darah yang bervirus HIV...

Kelengkapan Baharu Untuk Keselamatan...

KUALA LUMPUR : Proses perolehan aset baharu akan dimulakan bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan...

Bajet 2018: Lebih 13,000...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sebanyak 13,837...

Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

BAGAN SERAI – Pelancaran kempen Op Selamat 11/2017 peringkat negeri Perak pada 22 Jun ini, akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini sebagai usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata menerusi pemilihan lokasi itu, pihaknya dapat menunjukkan mereka yang cedera akibat kemalangan sebagai iktibar kepada pengguna jalan raya yang tidak menjaga keselamatan ketika memandu.

“Walaupun kemalangan maut meningkat setiap tahun, kali ini kita buat pendekatan yang berbeza dalam menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

“Selain itu, kita juga sentiasa memantau 27 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan tingkatkan ciri keselamatan, papan tanda serta menaik taraf jalan yang perlu dibaiki,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis kesyukuran projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al-Ridzuan, Teluk Medan dekat sini , malam tadi.

Zainol berkata setiap tahun lokasi panas mungkin akan bertambah dengan adanya jalan baru yang dibina seperti Jalan Bikam-Sungkai.

Sementara itu, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Perak Bahagian Pembahagian TNB Datuk Abd Jalil Raja Zaid berkata sejak 2008 hingga sekarang, sebanyak 63 rumah telah dibaik pulih dan dibina baru membabitkan kos RM2.43 juta di Perak.


Katanya projek tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat TNB kepada mereka yang memerlukan terutama orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin.

“Pembiayaan projek berkenaan menggunakan wang zakat TNB,” katanya.

Abd Jalil berkata bagi sambutan Syawal tahun ini, 17 keluarga asnaf menerima rumah baharu di bawah projek Baiti Jannati TNB di negeri ini.

Beliau berharap mereka yang menerima bantuan tersebut dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa, seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang lebih meriah dan ceria. – BERNAMA

Kategori