Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Bakal Pandu...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke...

Suhaimi Abdullah Calon PN,...

PETALING JAYA : Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Kedah, Mohd. Suhaimi Abdullah diangkat sebagai...

Dakwaan Anggota PAS Sertai...

SHAH ALAM - PAS menegaskan dakwaan konon beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KTMB Umum Perubahan Jadual...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan...

Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

PUTRAJAYA – Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk eedes bagi mengawal penyakit denggi, virus Zika dan Chikungunya yang dibawa vektor tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, kes denggi masih menjadi isu utama di negara ini dengan Selangor menjadi penyumbang kepada lebih 50 peratus bagi keseluruhan kes penyakit tersebut di Malaysia.

“Kita juga melihat trend peningkatan penyakit ini yang mana untuk beberapa bulan sebelum ini, jumlah kes denggi dicatatkan antara 1,600 ke 1,800 kes sebulan, meningkat kepada 2,233 kes pada 4 hingga 10 Jun lalu (minggu ke-23) dan 2,302 kes (28 Mei-3 Jun, minggu ke-22 ),” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

Jumlah terkumpul kes denggi hingga minggu ke-23 menurun kepada 43,087 berbanding 52,185 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Justeru beliau menyeru semua pihak termasuk individu, masyarakat, kerajaan tempatan dan negeri untuk bekerjasama dalam memerangi tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mengelak kes itu daripada terus meningkat.

Dr Subramaniam berkata sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut esok, kerjasama pada peringkat serantau masih diteruskan bagi mencari penyelesaian penyakit tersebut.


“Dengan tema, ‘United Fight Against Dengue’, kesemua negara ASEAN berkongsi maklumat, kajian dan pendekatan yang diambil untuk mengawal penyakit tersebut yang dialami seluruh negara ASEAN,”katanya.

Mengenai kes remaja Pulau Pinang yang dipukul sekumpulan bekas teman sekolah Sabtu lalu, Dr Subramaniam berkata khidmat perubatan akan diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Dia diisytiharkan mati otak, tetapi melalui mesin kita akan pastikan saluran oksigen mencukupi, pengaliran darah berlaku dan jantung masih berdenyut seperti biasa. Dan kalau itu dapat kita teruskan, kita akan cuba merawat setiap pesakit seberapa lama yang boleh,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Aedes

Kategori