Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kebakaran Stor: Tiga Beranak...

KUALA TERENGGANU - Tiga beranak bersyukur sempat menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran...

DBKL Mulakan Operasi Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan Operasi Keselamatan...

PM Perlu Diberi Peluang...

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang dan peluang secukupnya...

Misi Ekspedisi Shahrom Tawan...

PUTRAJAYA - Selepas tertangguh selama dua minggu akibat cuaca buruk di Messner Inlet,...

Perjalanan Pulang Bertukar Tragedi: 3 Maut, 6 Parah

PERJALANAN pulang sembilan warga Thailand bertukar tragedi apabila tiga maut dalam nahas di Kilometer 327.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Kerteh, Terengganu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, van yang dinaiki mangsa dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan baja dipandu oleh Jamil Lisut, 56.

Rempuhan terbabit menyebabkan van jenis Toyota Commuter itu remuk teruk dan kesemua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Difahamkan, kesemua mangsa itu dari Kuantan, Pahang dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Pattani, Thailand.

 Perjalanan Pulang Bertukar Tragedi: 3 Maut, 6 Parah

Ketiga-tiga mangsa yang maut termasuk seorang daripadanya putus kaki adalah lelaki.

Seorang wanita berusia 41 tahun yang juga belum diperolehi identitinya dilaporkan kritikal manakala empat lagi yang parah dan hanya dikenali sebagai Nasmee,16; Royita, 30; Kado, 53, serta pemandu van, Mohd Nasri, 41, diberi rawatan di Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Seorang lagi lelaki yang turut parah dalam kejadian itu dan belum diperolehi identitinya pula dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.


 Perjalanan Pulang Bertukar Tragedi: 3 Maut, 6 Parah

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Pegawai Bomba Kanan II Alias Latif berkata, 10 anggota bomba dari Balai Bomba Kerteh dan Paka dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka dan pihaknya mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori