Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adam Yoong Menyinar Dalam...

PUTRAJAYA - Atlet ski air termuda negara, Adam Yoong Hanifah, 9 menyinar di...

Yuna Ada Apa-Apa Ke...

SELAIN perkembangan seni terbaharu Yuna, pastinya peminat setia penyanyi ini turut mahu mengorek...

Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu...

BEIJING - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika...

Permohonan BR1M 2017 Dibuka...

PUTRAJAYA - Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka...

Perkep Edar Makanan Berbuka Kepada Petugas

KEMAMAN – Kesibukan menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan sesetengahnya mempunyai kerjaya tersendiri tidak menghalang Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kemaman meraikan pesakit, doktor dan kakitangan di Hospital Kemaman, di sini, hari ini.

Pengerusinya, Nor Hatimah Md Deni berkata program yang julung kali dilakukan itu bagi meringan dan memudahkan petugas hospital serta waris dalam kesibukan merawat serta menjaga pesakit.

“Doktor dan jururawat semestinya sentiasa sibuk dengan tugasan mereka namun tidak kurang juga bebanan yang terpaksa di tanggung waris pesakit yang terpaksa menunggu di wad dalam sesuatu tempoh.

Jika sebelum ini kita membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, rumah orang tua kali ini sedikit kelainan kita laksana di samping itu kita juga menziarahi pesakit yang terdiri daripada anggota dan bekas anggota yang menerima rawatan,” katanya selepas Program Kebajikan Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Pada majlis itu 15 anggota Perkep yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta isteri-isteri pegawai turut mengagihkan 100 bungkusan yang mengandungi makanan, kurma dan madu .


Nor Hatimah berkata program kebajikan seperti ini tidak tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja malahan terus dilaksana pada bulan yang lain.

“Program yang kami akan buat berdasarkan bajet yang ada kerana kami mencari peruntukan sendiri dengan menyediakan katering serta jualan pelbagai produk untuk tabung Perkep,” katanya. – BERNAMA

Kategori