Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beri Semula Kebenaran Melombong...

KUANTAN - Kerajaan diminta agar memberi semula kebenaran meneruskan perlombongan bauskit bagi tujuan...

Anwar Temui Bacharuddin Jusuf...

JAKARTA - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal...

Sabah Perlu Diberi Perhatian...

KOTA KINABALU - Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembangunan yang sama...

Perkeso Bantu Pulih Semangat Selepas Hilang Kaki

KUANTAN – Program ‘Return To Work’ Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ibarat ‘penyelamat’ kepada Nor Nasharuddin Mohd Nor yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan, April tahun lepas.

Nor Nasharuddin, 41, mengakui pada awal kemalangan, beliau agak gusar tentang masa depannya selepas dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas semasa beliau mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Indera Mahkota di sini.

Bagaimanapun, pembantu jurutera Radicare itu berkata semangatnya kembali pulih selepas sebulan menjalani program pemulihan di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ayer Keroh, Melaka.

“Pelbagai latihan dan kemudahan diberikan untuk membantu saya menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal yang baharu. Walaupun tidak 100 peratus kembali seperti asal, saya bersyukur kerana semua latihan itu membolehkan saya kekal bekerja untuk menyara keluarga.

“Syukur juga apabila majikan sudi untuk terus menggaji saya dengan menukar saya ke bahagian pentadbiran dan mengekalkan gaji asal. Malah mereka juga bermurah hati memindahkan tempat kerja saya dari Pekan ke sini supaya lebih mudah untuk saya,” katanya.

Nor Nasharuddin berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Penyampaikan Cek Faedah dan Alatan Pemulihan Perkeso Pahang di Wisma Perkeso di sini, yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Pada majils yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Pahang Abu Hurairah Ahmad, Perkeso turut menyampaikan tuntutan faedah kepada 10 penerima melibatkan jumlah RM213,748.95.


Sehubungan itu, Nor Nasharuddin menggalakkan mereka yang mengalami nasib sepertinya untuk tidak berputus asa, sebaliknya berjuang dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan termasuk di Perkeso untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Sementara itu, bagi Hawiaya Baharuddin, 31, beliau tidak menyangka tuntutannya yang dibuat selepas suaminya Mohamad Khairul Niza Othman, 36, meninggal dunia pada 11 Jun lepas akibat sakit jantung, diterima pada hari sama permohonan dibuat.

Hawiaya yang mengemukakan permohonan itu semalam (19 Jun) menerima bayaran faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan pencen penakat bulanan berjumlah RM1,170.

“Saya ke Perkeso pada pukul 11.30 pagi dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Sagu… masa di dalam bas lagi sudah terima panggilan daripada pihak Perkeso maklumkan saya boleh datang untuk ambil wang pada sebelah petang,” katanya.

Hawiaya yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini menambah wang itu akan digunakan untuk membuat persiapan hari raya kepada tiga orang anaknya yang berusia 12, tujuh dan tiga tahun. – BERNAMA

Kategori