Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sukan Asia 2018: Malaysia...

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh...

Rakyat Kedah Syukur Pelantikan...

ALOR SETAR – Pemasyhuran Sultan Kedah yang baharu, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan...

3 Maut,Seorang Cedera Parah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita...

Kelek JB Hulur Juadah...

KUALA BERANG - Menikmati juadah sahur atau berbuka bersama keluarga atau rakan taulan...

Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar

DOHA – Perkhidmatan Qatar Airways tetap berjalan lancar dengan sebahagian besar penerbangan beroperasi mengikut jadual, meskipun dipalit dengan masalah dikenakan sekatan udara oleh beberapa negara Arab, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Menurut kenyataan Qatar Airways, pada minggu lepas terdapat kira-kira 1,200 penerbangan dari Doha ke lebih 150 destinasi seluruh dunia dan 90 peratus penerbangan berlepas dalam masa 15 minit daripada jadual.

“Operasi Qatar Airways berjalan lancar dan sebahagian besar rangkaian perkhidmatan kami tidak terjejas oleh keadaan semasa,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker.

Beliau berkata, fokus syarikat adalah untuk menyokong mana-mana penumpang yang terjejas dan memastikan perkhidmatan terbaik terus diberikan.

“Belum pernah terjadi sebarang sekatan udara sebelum ini dan ia dilihat bertentangan dengan konvensyen mengenai jaminan hak ruang udara antarabangsa. Kami menyeru Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengisytiharkan tindakan itu menyalahi undang-undang. Kami bukan sebuah badan politik tetapi sebuah syarikat penerbangan,” jelas Al Baker.

Selain itu, katanya syarikat terus meluaskan rangkaian perkhidmatan dengan dua destinasi baharu dilancarkan pada bulan depan.


Pada Selasa Qatar Airways melancarkan perkhidmatan terus ke Dublin, Ireland diikuti perkhidmatan ke Nice, Perancis bermula 4 Julai dan ke Skopje, Macedonia 17 Julai.

Destinasi baharu lain yang dirancang tahun ini dan 2018 termasuk Las Vegas (Amerika Syarikat), Canberra (Australia), Douala (Cameroon), Libreville (Gabon), Medan (Indonesia), Rio de Janeiro (Brazil), Santiago (Chile) dan Sarajevo (Bosnia dan Herzegovina).

Pada awal minggu ini laporan tahunan syarikat penerbangan bagi tahun fiskal 2017 menunjukkan keuntungan bersih US$541 juta diperoleh iaitu peningkatan 21.7 peratus dari tahun ke tahun.

Peningkatan pendapatan tahunan pula sebanyak 10.4 peratus. – BERNAMA

Kategori