Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Op Pantau: KPDN Keluar...

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 374 notis...

287 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu Covid-19 yang merekodkan 287 kes hari ini menjadikan...

Jamil Khir Lancar Tabung...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Tabung Haji (TH) hari...

Buaya Baham Anak Gajah...

LILONGWE - Dunia haiwan liar merupakan perjuangan antara hidup dan mati. Sang gagah...

Perkhidmatan Rakyat Kerjasama Penjawat Awam

PUTRAJAYA – Penyampaian perkhidmatan untuk rakyat akan menjadi lebih baik melalui jalinan kerjasama sesama penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata mesej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kepentingan setiap jabatan dan penjawat awam berkerjasama antara satu sama lain pada dialog Transformasi Nasional 2050 bersama penjawat awam semalam itu wajar dihayati.

“Persekitaran yang kondusif mampu meningkatkan produktiviti para penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis berbuka puasa beliau bersama 400 pegawai dan kakitangan dari 12 agensi dan jabatan di bawah portfolio beliau di sini hari ini.

Pada majlis itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan kepada 36 pegawai dan kakitangan yang mempunyai anak kurang upaya dan pasangan yang menghidap penyakit kronik. – BERNAMA

Kategori