Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau...

2 Suspek Serangan Bom...

PATTANI ā€“ Pihak Tentera Thailand menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan...

Eain Yow Intai Gelaran...

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy remaja, Ng Eain Yow kini beralih perhatian kepada...

Eksport Jejari Kentang Belgium...

KUALA LUMPUR - Eksport produk jejari kentang beku Belgium ke Malaysia dijangka meningkat...

Perkim Tumpu Usaha Bantu Golongan Pesakit Strok

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) tetap komited untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan biarpun wujud kekangan dari segi aspek kewangan, kata Setiausaha Agung Kehormat Perkim Kebangsaan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Atas kekangan tersebut, pertubuhan itu terpaksa memilih hanya satu bidang tumpuan iaitu menumpukan kepada usaha membantu mereka yang diserang atau mengalami strok, katanya di majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh kira-kira 400 peserta daripada kalangan Kelab Perkim Universiti (KPU) seluruh negara dan anggota Perkim.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Perkim Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Perkim turut menyerahkan sebuah van kepada Pengerusi Pusat Pemulihan Komuniti Strok Perkim, Dr Fatimah Abdullah untuk kegunaan pusat itu, pada majlis berkenaan.


Beliau juga menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap 17 KPU bagi tujuan pelaksanaan aktiviti berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan yang dirancang. – BERNAMA

Kategori