Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cantik Bak Bidadari, Video...

SIAPA sangka bermula hanya sebagai pasangan pelakon dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, Nur...

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi...

KOTA KINABALU - Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di...

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Kerusi Roda Itali Ini...

ROM – Selama hampir 20 tahun melaksanakan kerusi roda generasi baharu, Mario Vigentini,...

Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai

JOHOR BAHRU – Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai pelancongan kepada semua negeri agar kutipan itu boleh digunakan bagi merancakkan lagi usaha promosi dan pemasaran industri pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata pelaksanaan kutipan cukai itu dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu melonjakkan lagi industri pelancongan.

“Saya berpandangan kutipan ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut telah melaksanakan cukai sebegini.”

Bagaimanapun, pengagihan hasil kutipan cukai ini perlulah adil mengikut bilangan hotel atau premis penginapan yang terdapat di negeri masing-masing, katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.

Setakat Februari lepas, Johor mempunyai 102 hotel bertaraf bintang yang mempunyai 10,971 bilik dengan 11 lagi hotel bertaraf antarabangsa sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2019.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang melihat antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Pelaksanaan cukai berkenaan akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.


Sementara itu, Tee yakin penerbangan terus ke Johor akan meningkat ekoran beberapa destinasi baharu yang kini dalam perbincangan.

“Antara negara yang dalam perbincangan termasuk Korea Selatan, India dan Jepun. Kita jangka perbincangan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini,” kata Tee.

Buat masa ini, terdapat 15 penerbangan terus ke Johor, yang mana tujuh dari luar negara manakala lapan lagi dalam negara. – BERNAMA

Kategori