Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wau Bulan Gergasi Bawa...

KOTA BHARU – Obor KL2017 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Kesembilan 2017 (KL2017) akan terbang ke udara melalui Wau...

Insiden Dipeluk Usher, Apa...

NAMA penyanyi dan penulis lirik, Yuna tiba-tiba menjadi bualan ramai apabila penyanyi tinggi...

Liga Juara: Benzema Selamatkan...

SOFIA - Karim Benzema keluar daripada bangku simpanan untuk membantu kebangkitan penyandang Liga...

Zamrud Terbesar Di Dunia...

WOW! Sebutir batu zamrud gergasi bernilai kira-kira AS$318 juta (RM1.3 bilion) ditemui di...

Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak

KUALA LUMPUR – Pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal berikutan cermin depan retak.

Pesawat itu berlepas dari Dhaka pada jam 12.50 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu yang disiarkan menerusi Facebook rasmi malam tadi, juruterbang mengambil tindakan segera dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kembali ke Dhaka.

“Aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Malindo Air dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan berpunca daripada insiden berkenaan,” katanya.

Katanya, semua penumpang dan anak kapal selamat mendarat. Syarikat penerbangan itu kini bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk menyediakan bantuan dan memastikan kesejahteraan dan kebajikan penumpang dan anak kapal terjaga.


Menurut kenyataan itu, penumpang akan dipindahkan ke pesawat lain dengan segera.

Pada Ahad lalu, pesawat Malindo Air dalam penerbangan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi, India kerana masalah enjin.

Pesawat OD132 berlepas dari Lahore pada jam 9.25 malam sebelum dikesan mengalami masalah teknikal. – Berita Harian

Kategori