Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara 2 Tahun...

MENYERAMKAN. Seorang wanita mengalami detik-detik menakutkan apabila mendapati seorang lelaki sedang menjilat kemaluannya...

Projek Mitigasi Kurangkan Masalah...

KUALA LUMPUR - Projek mitigasi bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat di Selangor...

Cadangan Isu Kuil Sudah...

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, cadangan untuk menyelesaikan isu...

SPRM Kaji 101 Projek...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji elemen rasuah dalam 101...

Pesawat Tentera Myanmar Hilang Ditemui, 120 Maut

YANGON – Serpihan dipercayai milik pesawat tentera Myanmar yang dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu ditemui di Laut Andaman berhampiran lokasi terakhir pesawat itu dikesan.

Sumber tentera udara Myanmar berkata, kapal tentera laut dan pesawat kini dikerahkan ke lokasi berkenaan untuk menjalankan operasi pencarian.

Menurut laporan AFP, kebanyakan penumpang pesawat terbabit adalah terdiri daripadsa wanita dan kanak-kanak yang dalam penerbangan dari bandar Myeik ke Yangon.

“Kini serpihan pesawat berkenaan ditemui di laut 136 batu (218 kilometer) dari bandar Dawei,” kata pegawai pelancongan Myeik, Naing Lin Zaw.

Sementara itu tentera udara Myanmar telah mengesahkan penemuan serpihan itu oleh tentera laut menerusi operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat Y-8-200F itu berlepas dari bandar Myeik pada pukul 1.06 tengah hari untuk ke utara Yangon dalam penerbangan mingguan bagi mengunjungi beberapa bandar pantai.

Menurut para pegawai tentera, pesawat itu tidak dapat dihubungi 29 minit setelah berlepas ketika berada 18,000 kaki dari Laut Andaman, sekitar 70 kilometer ke barat bandar Dawei.


Sementara itu jurucakap tentera berkata, dua pertiga daripada penumpang pesawat malang itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Penumpang pesawat itu termasuk 106 askar, anggota keluarga mereka dan 14 anak kapal. Ia boleh menampung maksimum 200 orang, menurut seorang pegawai.

“Ada di antara mereka dalam perjalanan untuk ke sekolah dan ada yang mahu mendapatkan rawatan perubatan,” kata Kolonel Naypyidaw.

Pesawat dengan empat enjin turboprop buatan China itu dibeli pada bulan Mac 2016 dan sudah melakukan sebanyak 809 penerbangan. Ia juga membawa 2.4 tan bekalan kargo. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=5P4z3y-6xng

Kategori